25/04/2013

"RABAK"

Tidur tanpa dicintai.
Bangun juga tanpa dicintai. 

Have you ever woke up in the morning and felt so strange?
Rasa janggal. rasa pelik.
Rasa hilang rasa kelabu.
Rasa sunyi tanpa riuh. 
Rasa pitam dalam terang.
Rasa keras tapi rapuh.
Rasa lemas dalam sorang. 
RASA YANG ENTAH APA APA.

Seperti,, ada roh tanpa jasad. Tinggal segan pergi tak mahu. Macam badan yang terbinasa, tinggal jiwa habis luruh. Seperti ada yang tak kena. Macam rasa yang tak ada rasa. 

Alih-alih buntu. Jantung dah tak lagi laju. Rasa sayu dalam sendu. Tunduk sendu dalam kelambu. Cuma tinggal satu harap bila tidur nanti biar lena, biar rasa larut sama. Esok bangun harap sempurna. 

Satu perasaan tipikal. Perasaan yang tak boleh kau nak ucap dengan mulut saja. Tak ada perkataan tepat untuk perasaan tu. Kali pertama kau rasa mungkin dalam umur belasan tahun. Dan untuk yang pertama, kau harapkan tak ada yang kedua dan ketiga. Tapi untuk selamanya. Cinta. 

Kau gagal.

Ibarat tersungkur, cinta pertama taklah seindah fairytale. Kutip serpihan dan cuba lagi. Perasaan yang sama, tapi lebih gelora. Fasa dimana kau rasa bahagia mencanak-canak didalam jiwa. Kau rasa ya, itulah dia. Cinta kedua, cinta yang nyata. 

Tak, kau gagal lagi. 

Yakin, yang ini tak mungkin sama macam yang pertama dan kedua. Kau kutip lagi sisa-sisa yang masih ada untuk mulakan semula. Macam melabur, ikut nasib untung rugi. Mula keluar ayat cliche' "mengkin kau bukan yang pertama, atau kedua, tapi engkaulah yang terakhir. 

Malangnya, kau gagal. Lagi dan lagi. 

Untuk keratusan kali, kau masih amalkan perilaku, rutin, usaha, penant. lelah, canda, tawa, tangis untuk perasaan yang sama, cinta. Sampai perasaan yang dilelong-lelongkan tu jadi murah. Sampai cinta yang diagungkan itu lusuh nilainya. Kau masih gagal. Sampai setiap kali kau tengok cermin, rasa benci. Benci sebab masih tak dicintai. 

16/04/2013

ADEEF KATA..

Holla everibadehhh! I'm back here for my lovely blog. Owh yaa.. Hopefully korang sihat saja. :) Deera?? Well.. Okay saja selagi permakanan terjaga. Ehh?? Terjaga ke? Terjaga lah kut. Hehe. Well. There's so called pakcik kuat bebel yang asyik dok membebel kat Deera itu ini tau. Who was im mentioning? Sapa lagi kalau bukan bestie of mine which is Adeef yang agak poyo sikit. Haha. Taklah poyo mana. Dia memang kuat membebel. Kalau dia call, kuatkan jelah diri tadah telinga. Takpa. dia membebel sebab sayang Deera. Macam Mama and Papa jugak. Kalau dia hantar email pulak, hampeh. Memang dah dok feeling macam baca esei or short story kut. So, that's him. Lelaki eksklusif Deera selain Papa! :) And so lately Adeef rajin sangat contact Deera since he's not so busy with his work there in Qatar. Tapi kes naya kena on the phone time time manusia kata sini tak bangun sangat dah. Luckily Deera memang jenis susah nak tido. Well. Here's a bit much in our conversation today. :') Terharu ada kawan macam Adeef. :')

Adeef : You have changed alot budak. 
Me : Ow ya? Which part and what?
Adeef : Dah makin kuat. 
Me : Eh? Kenapa? 
Adeef : Dah x macam dulu. 
Me : Again Deera asked why?
Adeef : Emm, well. Biar Adeef sorang tau okay. Just taknak Deera jadi org yang tak kuat balik.
Me : Ehh? Since when Deera jadi superwoman ni? *joking*
Adeef : *laughing* . Since you have hurt alot perhaps. If you know what I mean Deera.  Manusia bole berubah Deera. Its just the matter of time and either people have faith on you to changed or not. And u have move on.U wake up from the past. Being like this now.
Me : Buktinya? 
Adeef : Buktinya depan mata. You know yourself.
Me : People come and go in life kan Deef? 
Adeef : Tak semua lah. 
Me : Ehh? Ya kah?
Adeef : Adeef tak. Family Deera tak. See. So, tak mustahil ada jugak yg lain yg sama macam Adeef kan. Its you yang tak perasan and sedar. 
Me : *mengalah* Well Adeef. Deera dah taknak argue lebih. Each of it confirm Adeef ada ja benda nak cakap balik. 
Adeef : Tuhan ada Deera. Tak perlu dikenang benda yang lama. You wanna changed, just go ahead and keep calm. Have faith. Put effort. Pa2 pun, Adeef ada. And jangan sesal benda yang lama. And yes again Tuhan ada. Tuhan yang tulis jalan takdir manusia. And Deera, jangan dok asyik merongak je solat. Solat jangan lupa.
Me : Baiklah Pakcik. :')

*bila pakcik 27 y/o mula membebel and bersyarah. :'D

06/04/2013

HARI INI, ESOK DAN PENGAKHIRANNYA

Hari ini dia mungkin tidak bertudung.
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas menutup aurat.
Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut.
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut bicaranya.
Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT.
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqamah melaksanakan qiyamullail kata semua sedang lena.
Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu.
Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Tetapi mengajak manusia kejalanNya dan saling mendoakan. 
Jangan hina permulaan seseorang.
Kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya.
@PersonalBlogOfDyraDyaraRR