25/04/2013

"RABAK"

Tidur tanpa dicintai.
Bangun juga tanpa dicintai. 

Have you ever woke up in the morning and felt so strange?
Rasa janggal. rasa pelik.
Rasa hilang rasa kelabu.
Rasa sunyi tanpa riuh. 
Rasa pitam dalam terang.
Rasa keras tapi rapuh.
Rasa lemas dalam sorang. 
RASA YANG ENTAH APA APA.

Seperti,, ada roh tanpa jasad. Tinggal segan pergi tak mahu. Macam badan yang terbinasa, tinggal jiwa habis luruh. Seperti ada yang tak kena. Macam rasa yang tak ada rasa. 

Alih-alih buntu. Jantung dah tak lagi laju. Rasa sayu dalam sendu. Tunduk sendu dalam kelambu. Cuma tinggal satu harap bila tidur nanti biar lena, biar rasa larut sama. Esok bangun harap sempurna. 

Satu perasaan tipikal. Perasaan yang tak boleh kau nak ucap dengan mulut saja. Tak ada perkataan tepat untuk perasaan tu. Kali pertama kau rasa mungkin dalam umur belasan tahun. Dan untuk yang pertama, kau harapkan tak ada yang kedua dan ketiga. Tapi untuk selamanya. Cinta. 

Kau gagal.

Ibarat tersungkur, cinta pertama taklah seindah fairytale. Kutip serpihan dan cuba lagi. Perasaan yang sama, tapi lebih gelora. Fasa dimana kau rasa bahagia mencanak-canak didalam jiwa. Kau rasa ya, itulah dia. Cinta kedua, cinta yang nyata. 

Tak, kau gagal lagi. 

Yakin, yang ini tak mungkin sama macam yang pertama dan kedua. Kau kutip lagi sisa-sisa yang masih ada untuk mulakan semula. Macam melabur, ikut nasib untung rugi. Mula keluar ayat cliche' "mengkin kau bukan yang pertama, atau kedua, tapi engkaulah yang terakhir. 

Malangnya, kau gagal. Lagi dan lagi. 

Untuk keratusan kali, kau masih amalkan perilaku, rutin, usaha, penant. lelah, canda, tawa, tangis untuk perasaan yang sama, cinta. Sampai perasaan yang dilelong-lelongkan tu jadi murah. Sampai cinta yang diagungkan itu lusuh nilainya. Kau masih gagal. Sampai setiap kali kau tengok cermin, rasa benci. Benci sebab masih tak dicintai. 

No comments :

@PersonalBlogOfDyraDyaraRR