Bagaimana memilih pengilat bibir yang tepat dan sesuai?
1. Pilih mana yang mudah digunakan.
paling penting ialah memilih mana satu yang mudah unutk kamu gunakan. pengilat bibir berbentuk batang, cecair atau yang menggunakan berus aplikator? lebih mudah untuk kamu gunakan maka akan lebih mudah untuk kamu mendapatkan hasil yang cantik.
2. Pilih warna yang sesuai.
jangan memilih hanya kerna kamu menyukainya atau gara-gara warnanya sahaja yang nampak cantik, sedabgkan ia tidakk sesuai pun dengan warna kulit kamu. paling penting, sesuaikan warna yang dipilih mengikut warna kulit kamu sendiri.
3. Hasil yang natural.
andai kamu mahukan kulit yang natural gunakan pengilat bibir berkilat yang hanya memberikan kesan kilat tanpa mengeluarkan warna. pengilat bibir jenis ini juga sesuai digunakan untuk gaya seharian atau sebagai sebtuhan akhir bagi membuatkan warna lipstick kamu nampak lebih mewah.
4. Fungsi 2 in 1.
bagi kamu yang ingin nampka lebih menyerlah, gunakan pengilat bibir yang sekaligus bertindak sebagai lipstick dimana ketika digunakan ia akan mengeluarkan rona yang pekat. lebih praktikal sekiranya tanpa memerlukan kamu menggunakan lipstick dan lipshine secara berasingan.
5. Mengandungi SPF.
bukan hanya wajah sahaja yang memerlukan SPF, bibir juga perlu dilindungi agar ia tidak kering dan mengelupas. oleh itu, pilihlah pengilat bibir yang mengandungi SPF di dalamnya agar bibir kamu kekal cantik dan sihat.
6. Tidak sesuai untuk wajah berminyak.
hindari penggunaan pengilat bibir andai kamu memiliki kulit yang berminyak kerana wajah akan nampak lebih berminyak bila kamu menggunakan pengilat bibir.
xoxo ~ deera :)
No comments :
Post a Comment