28/12/2012

TRAGEDI PULAU KIDJANG

tragedi pulau kidjang?? haaa?? pulau kidjang?? well. where is it at the first place? pulau ka? tragedi pe pulak? 

see. that are the typical questions that will bear in mind bila dengar or bila tengok title entry deera kann? same as deera bila got to know bout this thing. like seriously a bit interesting story to be share with society especially those latest generation of sarawakian. memang tak banyak yang tau dah. same goes to deera yang just recently baru tau. just so u know deera pun tak banyak tau pasal negeri sendiri. mak aiiihh. pa kejadah deera ni kan. so, deera kongsikan kisah ni untuk pengetahuan am bersama okayy? :) anyway, deera rase cite ni almost like Titanic. haaa. kalau Titanic sume orang  tau kut. deera pun same. memang dah ingat sangat dah jalan ceritanyaa. haha. tapi tagedi pulai kidjang nieh bezanya that kapal crushing dengan beting pasir tapi titanic pulak langgar bongkah ais. okayy. back to the entry. 

nak dijadikan cerita...... Pulau Kidjang tuh stand for satu nama kapal pengangkutan kat Sarawak zaman zaman dulu. kan dulu pengangkutan utama Sarawak ialah pengangkutan air. so no wonder ade kapal penumpang camtu k. okayy. 

M.V Pulau Kidjang nie merupakan sebuah kapal pengangkutan utama di Sarawak sekitar tahun 70-an dulu. Selain M.V Pulau Kidjang ni, ade gak kapal pengangktan yang lain seperti MV Rajah Mas yang berulang alik dari Kuching-Sarikei-Sibu pada zaman tu. MV Pulau Kidjang ni bernilai RM320000 tau. Dibeli dari Indonesia dan telah berkhidmat untuk penduduk Sarawak selama lapan tahun sebelum terbenam di dasar muara Rajang.

Tragedi ni berlaku pada 27 Disember 1973. *time tu mama pun tak lahir lagi, and papa pun baru lima tahun. deera memang tak tentu wujud lagi. hehe*. Pada masa tu, pnumpang seramai 159 orang tersebut kebanyakannnya dalam perjalanan pulang ke Sibu selepas bercuti smpena krismas. Kapal tu bertolak dari Kuching pada 26 Disember, jam 6.30 petang, lewat 30 minit daripada jam yang sepatutnya dijadualkan. Kpal ni karam kat perairan Tanjung Jerijeh, 3.5 batu nautika dari barat Sarikei. Tragedi ni mendapat publisiti meluas dari akhbar Ingerris pada masa tu which is The Vanguard bertarikh 28 Disember 1973. *deera google and deera jumpa gak artikel The Vanguard tu*

Kejadian yang berlaku jam 3 pagi ni telah mengorbankan 121 jiwa. Hanya 41 mayat yang dijumpai then selebihnya mati tanpa kubur. 38 orang pulak terselamat termasuk 18 orang kelasi. Kebanyakan mangsa mati akibat terperangkap dalam kapal tu and ada yang mati lemas coz of ombak ganas musim tengkujuh kerana terjun ke laut tanpa jaket keselamatan. Tapi there's luck for some passengers yang terdampar kat area pantai Kampung Gerigat apabila MV Hornbill yang dalam perjalanan dari pekan Selalang menemui mereka. 

Tragedi ni meninggalkan kesan kepada kebanyakan pendudk Sarikei apabila kebanyakan penduduk disana tidak memakan makanan laut seperti ikan selama berbula bulan dan ada sesetengahnya mengambil masa bertahun-tahun disebabkan terbayang mayat-mayat mangsa yang dimakan hidupan laut. Ada juga kes dimana penduduk menemui cincin, jam tangan, butang baju, serta jari didalam perut ikan yang ditangkap. Dan bila deera tanya kat sorang mak kawan deera ni, ketika tragedi tu terjadi, penduduk kebanyakan mengenalinya sebagai musim landas. 

and jika ditanya kepada anak-anak muda sekarang ini termasuklah deera, memang tak ramai yang tau sejarah maritim negeri Sarawak ni. Even ketika peristiwa ni berlaku, deera pun belum lahir lagi. Camtu gak dengan generasi muda yang lain. Ataupun mungkin sesetengah dari mereka masih berusia terlalu muda pada ketika kejadian ini terjadi. Deera pula baru mengetahui mengeani peristiwa ni since Deera kene tolong kazen deera buat reserch untuk thesis dea berkaitan tragedi ni and kebetulan tarikh kelmarin genap 39 tahun peristiwa ni terjadi. Emm,, tragedi ni sememangnya senstiasa segar dalam memori setiap warga tua di negeri Sarawak terutama kepada ahli keluarga mangsa yang kehilangan saudara mereka. 


*semoga roh-roh mangsa dicucuri rahmat 






No comments :

@PersonalBlogOfDyraDyaraRR